
oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Buah Pukul pada peringkat awal dipelajari secara berpasangan supaya pesilat dapat memahami hubungan antara serangan, sambutan dan serang balas. Namun, apabila kemahiran meningkat, latihan tidak lagi terhad kepada seorang pasangan atau satu arah sahaja. Pesilat perlu membina keupayaan untuk menyesuaikan gerakan apabila serangan datang daripada sudut…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Salah satu perkembangan penting dalam Buah Pukul ialah kemampuan pesilat menggabungkan sambutan, pergerakan tubuh dan serang bela dalam satu rangkaian tindakan. Pada tahap ini, pesilat tidak hanya belajar menahan sesuatu serangan, tetapi mula memahami bagaimana perubahan kedudukan tubuh boleh membuka ruang untuk tindakan susulan. Dalam Sukatan…

oleh: Puteri Elissa Sarah, M.N. Pengenalan Perkembangan Silat Melayu di Malaysia sejak tahun 2008 memperlihatkan satu gerak kerja yang tersusun merangkumi penyelidikan, pembangunan atlet, pendidikan jurulatih, pembentukan kurikulum, penerbitan, penganjuran pertandingan dan pengantarabangsaan. Gerak kerja ini tidak hanya tertumpu pada usaha meningkatkan prestasi dalam pertandingan, tetapi turut melibatkan pemeliharaan warisan, pendidikan kanak-kanak, pembangunan organisasi…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Buah Pukul Silat merupakan tahap penting dalam perkembangan seorang pesilat kerana pada peringkat ini kemahiran yang dipelajari melalui Bunga, Jurus, Belebat dan Tapak mula digabungkan dalam bentuk aplikasi. Jika pelajaran sebelumnya membentuk gerak, teknik, sambutan dan kedudukan, Buah Pukul mengajar pesilat bagaimana semua kemahiran tersebut digunakan…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Perkembangan Tapak Silat daripada pola yang lebih mudah kepada Tapak Empat dan Tapak Lima menunjukkan bagaimana pesilat secara beransur-ansur dilatih untuk memahami ruang yang semakin kompleks. Pada tahap ini, pergerakan tidak lagi tertumpu kepada satu atau dua arah sahaja. Pesilat perlu mampu mengubah kedudukan, menyesuaikan jarak…