
oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Tempur Seni merupakan tahap penting dalam perkembangan kemahiran Silat kerana pada peringkat ini pesilat mula menggabungkan Tapak, Serang dan Sambut dalam satu latihan berpasangan yang tersusun. Kemahiran yang sebelumnya dipelajari secara berasingan melalui Bunga, Jurus, Belebat, Tapak dan Buah Pukul kini mula disatukan supaya pesilat memahami…