
oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Dalam latihan Silat, ramai pesilat boleh melakukan Jurus dengan baik. Gerakan kemas. Tumbukan tepat. Tendangan kuat. Langkah tersusun. Namun apabila berhadapan dengan pasangan, satu persoalan mula muncul: Bagaimana teknik yang dipelajari itu digunakan? Di sinilah Buah Pukul memainkan peranan yang sangat penting. Buah Pukul menjadi jambatan…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Ramai orang yang baru mengenali Silat mungkin pernah mendengar istilah seperti Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah Pukul, Tempur Seni dan Tempur Beladiri. Tetapi apakah sebenarnya perbezaan antara semua istilah ini? Adakah semuanya teknik? Adakah semuanya digunakan untuk pertarungan? Mengapa tidak belajar Buah Pukul atau Tempur sahaja…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Apabila seseorang mula belajar Silat, ada yang mahu terus belajar teknik serangan, kuncian, jatuhan atau pertarungan. Bagi pesilat baharu, gerakan seperti Bunga mungkin kelihatan terlalu asas atau hanya sesuai untuk persembahan. Namun dalam Kurikulum Seni Silat Malaysia, Bunga bukan pelajaran sampingan. Bunga ialah asas kepada cara…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Jurus Silat memainkan peranan penting dalam membawa seseorang pesilat daripada latihan asas kepada aplikasi teknik yang lebih tersusun. Pada peringkat awal, pesilat mempelajari Jurus melalui bentuk gerakan yang jelas, berulang dan mempunyai arah serta sasaran tertentu. Pengulangan ini membantu tubuh mengenali struktur sesuatu teknik sebelum ia…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Jurus Silat bukan sekadar latihan menghafal urutan serangan dan pertahanan. Dalam pembelajaran Silat Melayu, Jurus berfungsi untuk membentuk ketepatan, kuasa dan koordinasi tubuh supaya setiap teknik dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Pesilat perlu memahami bahawa kekuatan sesuatu serangan tidak hanya datang daripada tangan atau kaki, tetapi…

oleh: Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (EMAC) Jurus Silat merupakan salah satu komponen penting dalam perkembangan kemahiran seorang pesilat selepas asas gerak mula dibentuk melalui Bunga. Jika Bunga membantu pesilat memahami bentuk gerakan, langkah dan koordinasi tubuh, Jurus pula memperkemaskan gerakan tersebut menjadi teknik serangan dan pertahanan yang lebih jelas, tepat dan terarah.…